HARI PERTAMA DI UKM

Teringat-ingat hatiku yang berdebar-debar untuk mamasuki universiti bagi pertama kali ke UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA(UKM)

Pada 2/9/2019, saya telah bergerak dari Melaka ke UKM, Bangi. Barang-barang yang dibawa oleh saya banyak sehingga kelihatan bagai sebuah gunung yang tinggi dan besar. Jam 12.30pm merupakan masa pendaftaran bagi sesi saya, tetapi saya telah sampai awal iaitu pada pukul 11.00am kerana ibu saya takut akan sesak jalan. Bagi saya pula, saya juga berasa bahawa saya perlu datang awal sikit supaya saya dapat mengemaskan bilik saya terdahulu sebelum pergi berkumpul di dewan Kolej Keris Mas(KKM) iaitu kolej yang saya dapati di UKM. KKM ini merupakan kolej yang mempunyai paling banyak kemudahan berbanding kolej yang lain seperti cuckoo, mesin basuh baju, bilik pantri, bilik tv, kedai photostat dan lain-lain lagi. Kemudahan ini bukanlan perkara yang buat saya berasa sangat gembira bagi saya. Sebenar....perkara yang paling membuat saya teruja ialah makanan di kantin berbagai-bagaian!!! Ada cafe, ada makanan yang buka pada malam(lupa kedai nama kedai ini) dan minuman gegemaran saya iaitu jus tembikai yang segar. Saya telah pun menjamu selera di kantin KKM bersama-sama ahli keluarga saya sebelum balik ke kolej saya untuk berehat. 


评论

此博客中的热门博文

Pemilihan atlet Sukem Kolej Keris Mas bagi acara Ping Pong

Fac Night

CITRA PENULISAN SKRIP