博文

目前显示的是 十二月, 2019的博文

THE END OF SEMESTER 1 IN UKM

图片
Masa berlalu dengan cepat, sudah 3 bulan saya memasuki ukm. Ketibaannya masa untuk menduduki peperiksaan akhir semester pada minggu hadapan. Akan tetapi, assignment dan aktiviti yang banyak menyebabkan saya masih belum mula mengulang kaji pelajaran. Saya berasa takut kerana ujian pertengahan saya semua tidak mendapat keputusan yang memuaskan. Masih teringat ketika tingkatan enam, aktiviti dan assignment pun tidak banyak, kami mempunyai banyak masa untuk membuat gulangkaji pelajaran dan ada lagi masa untuk  menonton drama yang beratus-ratus episode. Kehidupan di Universiti memang sangat berbeza. Pada masa saya masuk ke ukm, saya beringat bahawa saya tidak akan mempunyai kawan dan akan hidap keseorangan sehingga habiskan pengajian saya di UKM. Akan tetapi, saya telah mengenali beberapa kawan yang memang menjaga saya dan membantu saya. Saya bersyukur terhadap setiap kawan yang baik terhadap saya kerana universiti memang susah untuk mencari kawan yang sanggup meluangkan masa dan tenaga u

Demonstration Citra Taekwondo

图片
Pada 8/12/19, pelajar UKM yang mendaftar kursus citra taekwondo telah pun diarahkan supaya menyampaikan sebuah demonstrasi yang memerlukan kita membuat persembahan Taekwondo. Dalam demonstrasi ini, perkara yang perlu diliputi dalam persembahan ini ialah teknik taekwondo, tarian dan pemecahan papan. Kami telah dipecahkan kepada 13 kumpulan dengan setiap kumpulan 8 orang ahli. Saya sebagai ahli kumpulan Infinity telah bertugas untuk menyediakan lagu dan juga memikirkan step dan atur cara yang perlu kita lakukan ketika persembahan nanti. Saya juga bertugas sebagai seorang commander yang memberikan arahan sepanjang demonstrasi dijalankan. Walaupun kali ini bukannya kali pertama saya jadi commander tetapi saya masih berasa sangat gementar kerana seluruh kumpulan hendak mendengar arahan saya. Kesalahan saya akan menyebabkan prestasi kumpulan saya terjejas. Jadi, saya perlu sentiasa alert. Akan tetapi, ahli kumpulan saya semua sangat hebat, saya salah atau tidak memberi arahan mereka pun bo

MALAM PERAYAAN TANG YUAN KE-9

图片
K elab Tiong Hwa Kolej Keris Mas telah mengadakan Malam Perayaan Tang Yuan k- 9 di dewan besar kkm pada 5/12/19. Saya telah bertugas sebagai exco teknikal yang bertanggungjawab untuk membuat video, slide, mengambil gambar dan sebagainya. Kami telahpun membuat persediaan selama satu bulan lebih sebelum aktiviti ini dimulakan. Pada hari itu, saya telah menggantikan seorang AJK yang bertugas untuk mengambil gambar pada pukul 5pm kerana dia ada kelas. Pada pukul 6, saya pun pass balik camera bagi dia ambil gambar. Kemudian saya diarahkan untuk mengambil gambar aktiviti tersebut dengan menggunakan telefon bimbit kerana Mep KKM nak gambar tersebut. Acara yang paling digemari oleh saya ialah ketika persembahan daripada Dr Soo wincci yang merupakan idol saya sejak kecil lagi. Ketika idol saya sampai di bilik rehat artis, saya telah berlari ke dalam bilik tersebut untuk mengambil gambar dengannya dengan ditemani oleh seorang kawan(sebab saya takut). Selepas persembahan idol, akhirnya perayaa

Sukem UKM Taekwondo Tahun 2019

图片
Pada 30/11/19, sukem taekwondo telah diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (dectar). Saya telah menghadirkan diri sebagai seorang peserta dengan menyertai kategori sparring feather female. Pertandingan telah bermula pada pukul 9am. Akan tetapi saya telah menghadirkan diri pada pukul 8am. Saya telah pergi ke stadium selama dua minggu untuk berjoging untuk menguatkan stamina saya sebelum pertandingan. Masih ingat lagi pada hari sebelum pertandingan, saya tidak dapat tidur kerana terlalu gemertar. Ketika hendak sampai giliran saya, saya telah pergi mamanaskan badan dahulu. Kemudian saya pun memakai mouthguard, shinguard dan sebagainya sebelum memulakan perlawanan. Coach saya telah menemani saya sepanjang pertandingan tersebut. Walaupun sudah kalah saya masih ingin berterimakasih kepadanya. Selepas kalah, saya pun balik ke kolej saya dengan kaki yang terseliuh. Badan pun sakit selamat tiga hari. Inilah pengorbanan yang diperlakukan bagi seseorang atlet taekwondo.