博文

目前显示的是 十月, 2019的博文

Fac Night

图片
Pada 20/10/19, Fac Night telah diadakan bagi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Pada hari itu, semua orang diwajibkan untuk memakai pakaian yang cantik dan kacak. Semua pelajar cina FEP tahun 1 telahpun dibahagikan kepada 5 kumpulan dan saya merupakan ahli dari kumpulan Comce yang sangat menarik. Setiap kumpulan perlu menghasilkan sebuah drama pentas pada Fac Night. Jadi, kami telahpun berlatih selama satu bulan dan kadangkala berlatih hingga pukul 4am. Ada juga Com lain yang berlatih sehingga 6am. Semua persediaan ini hanyalah untuk persembahan pada Fac Night dan ingin mendapatkan piala. Acara yang dipertandingkan ialah best sketch, best actor actress, best supporting actress actor, best performer dan sebagainya. Comce telah memenangi best actor, best performer dan best photo. Acara ini berakhir tepat pada pukul 12am. Selepas itu comce telahpun pergi supper di kedai mamak.

One day trip to my town

图片
Pada 19/10/19, saya dan kawan saya telah pergi ke My town shopping centre untuk membeli barang keperluan. Pada hari itu, kami telah menaiki bus Mrt di KKM sehingga ke stadium Kajang. Selepas sampai ke stadium Kajang, kami telah menaiki lift untuk menaik mrt. Setelah sampai ke station concrach, kami pun turun dari mrt dan berjalan kaki ke My town. Dalam my town terdapat pelbagai jenis makanan dan barang- barang yang pelbagai. Saya telah pun menjamu sarapan pagi di situ. Saya telah makan sepinggan mi dan semangkuk manisan di sana. Selepas itu, saya ternampak sekumpulan orang sedang menari senamrobik di tingkat bawah. Mereka semua kelihatan bersemangat daripada saya walaupun umur mereka lebih besar daripada saya. Selepas itu, seekor peacock yang cantik telah menarik perhatian saya. Peacock itu dihasilkan sebagai tanda Deepavali sudah mendekati. Saya telah membeli sehelai baju disana kerana sangat cantik. Pada pukul 5 petang, saya pun pergi menaik mrt untuk balik ke kolej.

Pesta Tanglung Di Dewan Gemilang, UKM

图片
Pada 18 dan 19 Oktober 2019, satu Pesta Tanglung telah diadakan di Dewan Gemilang, UKM. Pada hari itu, pelbagai jenis tanglung besar yang menarik telah dipaparkan di luar DG. Pelbagai jenis makanan juga dijual di luar DG. Makanan yang ada adalah semua makanan cina yang dijual oleh penjual dari China dan juga orang cina tempatan. Saya telah pun membeli sebungkus kuih lobak di sana. Terdapat juga persembahan-persembahan yang sangat menarik di sana seperti tarian, nyanyian dan sebagainya. Bukan itu sahaja, penganjur bagi Pesta Tanglung juga telah menyediakan satu platform yang dapat memberitahu nasib kita dengan menggunakan zodiak kita. Acara yang paling disukai oleh saya ialah acara jalan membuta yang perlu membayar Rm5 sebagai derma kepada orang yang memerlukan. Peserta yang menyertai perlu "dibutakan" buat sementara bagi merasai kehidupan yang dijalani oleh pembuta. Saya berasa sangat gelisah ketika aktiviti ini dijalankan. Setelah aktiviti ini habis, saya pun balik ke ko

Pemilihan atlet Sukem Kolej Keris Mas bagi acara Ping Pong

图片
Pada 13/10/19, 9pm, KKM telah mengadakan satu pemilihan atlet bagi acara sukem ping pong. Saya telah pun menyertainya bagi mengetahui kekuatan saya dalam permainan ping pong. Pada hari itu, saya berasa sangat gelisah dan takut sebab saya sudah beberapa tahun tidak sentuh permainan ping pong. Ketika saya sampai kat dewan KKM, saya telah melihat seorang peserta perempuan yang sangat rajin berlatih. Apabila saya mengetahui bahawa dia merupakan pihak lawan saya, saya sudah berasa kecewa. Hati saya pun berfikir takapa kalau kalah tahun hadapan boleh datang lagi. Jadi saya pun main dengan hati yang tenang. Akhirnya, saya memang sudah kalah. Pemilihan ini. merupakan sistem kalah mati, jadi saya sudah disingkirkan pada pertandingan pertama. Oleh itu, apa yang saya hendak sampaikan ialah kita perlulah sentiasa rajin dalam apa-apa pun dan bukannya sudah mau sampai baru takut. 

BULAN SUKAN NEGARA PERINGKAT UKM

图片
Bersempena dgn Sambutan Bulan Sukan Negara Peringkat UKM pada 13/10/19(Ahad), Mini Stadium(Pavillion) Pintu 2 UKM telah mengadakan acara-acara seperti Jom Fit4Life(Aerobic/Zumba/Zafina), Sukaneka Rakyat, Fun Color Walk(5km), Color Buddy Run(7km), Klinik Wajadiri(Silat&Taekwondo), Mari Mewarna Kanak-Kanak dan Latihan Citra Sukan mengikut Tenaga Pengajar di venue-venue. Semua warga pelajar Citra Sukan UKM telah diminta untuk mendaftarkan diri pada pukul 7.35am. Saya telah berjalan kaki dari KKM ke Mini Stadium. Pelajar Citra Sukan yang berminat digalakkan untuk menyertai Fun Walk and Fun Run kerana 50 medal pertama akan diberikan kepada peserta. Saya telah menyertai acara fun color walk dan badan telah diwarnakan dengan pelbagai jenis colour. Selepas habis acara, saya dan kawan-kawan saya pun bersama-sama jalan kaki balik ke kolej.

HARI SUKAN DI KOLEJ KERIS MAS

图片
Hari Sukan Di Kolej Keris Mas Pada 27/9/19 dan 28/9/19, kkm telah mengadakan hari sukan yang melibatkan pesertanya dari pelajar tahun 1. Saya telah  dimasukkan dalam rumah kuning yang logonya ialah Pikachu yang dilukis oleh sebahagian ahli rumah merah yang sangat pandai dalam melukis. Terdapat banyak pertandingan yang telah diadakan seperti badminton, bola baring, bola keranjang, bola tampar, futsal dan sebagainya. Saya pun  telah melibatkan diri dalam pertandingan badminton & bola keranjang. Mula-mulanya, saya tidak berasa ingin  memasuki pertandingan,  tetapi terdapat senior-senior  yang sangat ingin kita join. Jadi, saya pun berasa nak sumbang sikit kepada rumah kuning. Akan tetapi, saya telah pun kalah dalam kedua-dua pertandingan tersebut. Saya berasa sedih kerana tidak dapat menyumbang sebarang jasa kepada rumah kuning. Tetapi, saya juga berasa gembira kerana  saya dapat berkenal dengan kawan-kawan yang baharu. Saya juga sangat enjoyed dalam sukan tersebut walaupun sudah k