Perasaan Di UKM

Masa memang berlalu dengan cepat...Sudah satu bulan saya berada di UKM. Saya masih belum dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan University yang sangat busy walaupun tidak mempunyai kelas pada hari itu. Pelajar University bukan sahaja perlu belajar tetapi juga perlu melibatikan diri dalam pelbagai aktiviti seperti sukan, kem dan sebagainya. Bagi saya masa sekarang memang tidak mencukupi bagi saya untuk membuat ulang kaji. Kehidupan di sini bukannya seperti di rumah ada mesin basuh baju, ada ibu hebat yang selalu menyediakan makanan untuk saya, ada kakak abang yang boleh menolong saya ketika menghadapi sebarang masalah... Di Uni sangat memerlukan sikap berdikari jika ingin berjuang sampai habis semua semester. Tiada sesiapa yang boleh mambantu anda jika tidak melakukannya sendiri. Jika menghadapi masalah dalam pelajaran bolehlah kita bertanya dengan lecturer kita yang sentiasa ingin membantu kita untuk mendapatkan keputusan yang baik. Saya akan berusaha untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan uni yang sangat berlainan ketika berada di rumah sendiri. Sekian dari blog ketiga saya, Terima Kasih.

评论

此博客中的热门博文

Pemilihan atlet Sukem Kolej Keris Mas bagi acara Ping Pong

Fac Night

CITRA PENULISAN SKRIP