BULAN SUKAN NEGARA PERINGKAT UKM

Bersempena dgn Sambutan Bulan Sukan Negara Peringkat UKM pada 13/10/19(Ahad), Mini Stadium(Pavillion) Pintu 2 UKM telah mengadakan acara-acara seperti Jom Fit4Life(Aerobic/Zumba/Zafina), Sukaneka Rakyat, Fun Color Walk(5km), Color Buddy Run(7km), Klinik Wajadiri(Silat&Taekwondo), Mari Mewarna Kanak-Kanak dan Latihan Citra Sukan mengikut Tenaga Pengajar di venue-venue.

Semua warga pelajar Citra Sukan UKM telah diminta untuk mendaftarkan diri pada pukul 7.35am. Saya telah berjalan kaki dari KKM ke Mini Stadium. Pelajar Citra Sukan yang berminat digalakkan untuk menyertai Fun Walk and Fun Run kerana 50 medal pertama akan diberikan kepada peserta. Saya telah menyertai acara fun color walk dan badan telah diwarnakan dengan pelbagai jenis colour. Selepas habis acara, saya dan kawan-kawan saya pun bersama-sama jalan kaki balik ke kolej.


评论

此博客中的热门博文

Pemilihan atlet Sukem Kolej Keris Mas bagi acara Ping Pong

Fac Night

CITRA PENULISAN SKRIP