Pengambilan kad pelajar ktm dan rapid kl

Pada 8 November 2019, saya telah bergerak dari UKM untuk pergi mengambil kad rapid dan ktm plajar setelah permohonan saya telah diluluskan. Saya telah menaiki bus zone 6 pergi ke ktm ukm. Lepas itu, saya meet kawan saya dekat ktm Kajang. Saya pun bergerak dari Kajang sehingga ke KL sentral. Akan tetapi, masa itu merupakan masa rehat staff. Jadi, saya dan kawan saya pun pergi ke restoran makan dahulu. Kami telah makan ayam goreng di Kl sentral.  Selepas makan, kami terus pergi ke kaunter untuk mengambil kad ktm.
 Selepas mengambil kad ktm, kami pun menaik lift pergi ke mrt station untuk mengambil kad rapid kl di station Tun Hussein Onn. Selepas pengambilan kad rapid kl, kamu membuat keputusan untuk pergi membeli belah kerana masa masih awal lagi. Kami pun pergi ke market dan membeli makanan yang dibawa balik ke kolej makan. Kawan saya telah membeli sayur balik kolej dia di universiti Nottingham untuk masak sendiri. Saya hanya membeli maggi sahaja kerana kolej saya tidak dibenarkan masak dan saya pun tidak tahu masak sebarang makanan selain maggi. Saya pun membeli satu donut untuk makan malam. Kami membeli barang sehingga masa sudah lewat pun tidak perasan. Kami pun rush pergi manaik mrt balik ke station Kajang. Selepas sampai kajang, saya rush untuk menaik ktm ke ukm manakala kawan saya rush pergi manaik bus sekolahnya di Kajang. Begitu cara kita say goodbye to each other. Pada masa itu, ktm di Kajang memang penuh dan nasib baik ada satu tempat untuk saya masuk. Kemudian saya tiba di ktm ukm, saya pun jalan pergi menunggu bus sekolah saya untuk bawa saya balik kolej. Begini lah cara saya mengambil kedua-dua kad saya. Dan dapatlah diskaun 50% selepas mempunyai kad ini. Sekian terima kasih.


评论

此博客中的热门博文

Pemilihan atlet Sukem Kolej Keris Mas bagi acara Ping Pong

Fac Night

CITRA PENULISAN SKRIP