Demonstration Citra Taekwondo

Pada 8/12/19, pelajar UKM yang mendaftar kursus citra taekwondo telah pun diarahkan supaya menyampaikan sebuah demonstrasi yang memerlukan kita membuat persembahan Taekwondo. Dalam demonstrasi ini, perkara yang perlu diliputi dalam persembahan ini ialah teknik taekwondo, tarian dan pemecahan papan.
Kami telah dipecahkan kepada 13 kumpulan dengan setiap kumpulan 8 orang ahli. Saya sebagai ahli kumpulan Infinity telah bertugas untuk menyediakan lagu dan juga memikirkan step dan atur cara yang perlu kita lakukan ketika persembahan nanti. Saya juga bertugas sebagai seorang commander yang memberikan arahan sepanjang demonstrasi dijalankan. Walaupun kali ini bukannya kali pertama saya jadi commander tetapi saya masih berasa sangat gementar kerana seluruh kumpulan hendak mendengar arahan saya. Kesalahan saya akan menyebabkan prestasi kumpulan saya terjejas. Jadi, saya perlu sentiasa alert. Akan tetapi, ahli kumpulan saya semua sangat hebat, saya salah atau tidak memberi arahan mereka pun boleh menjalankan part yang seterusnya. Kami telahpun bersedia selama satu bulan dan berlatih hingga lewat malam sehingga demonstration kita habis.

Pada hari demonstration, kumpulan kami telah datang dengan awal supaya kita dapat berlatih lagi agar persembahan kita menjadi sempurna.  Kami telah memanaskan badan kita dahulu bersama-sama baru berlatih demonstrasi kami. Kami merupakan kumpulan kedua yang akan membuat persembahan.
Selepas melihat persembahan daripada kumpulan saru, kami berasa stress dan takut. Tetapi saya berasa kami punya kumpulan pun hebat, tidak perlu berasa takut.

Ketika persembahan memang telah berlaku kesalahan kerana set mamatahkan papan telah menanggungkan masa kami. Kumpulan kami tetap menjalankan plan yang seterusnya walaupun masa sudah tertangguh.  Beginilah demonstrasi kumpulan kami berakhir dan berakhirnya citra taekwondo bagi semester 1 tahun 1.
Berharap-harapnya saya akan menyambung penyertaan dalam taekwondo pada tahun hadapan.
Dalam taekwondo ini, saya telah mengenali pelbagai orang yang berani dan master yang hebat. Sekian terima kasih.



评论

此博客中的热门博文

Pemilihan atlet Sukem Kolej Keris Mas bagi acara Ping Pong

Fac Night

CITRA PENULISAN SKRIP