THE END OF SEMESTER 1 IN UKM

Masa berlalu dengan cepat, sudah 3 bulan saya memasuki ukm. Ketibaannya masa untuk menduduki peperiksaan akhir semester pada minggu hadapan. Akan tetapi, assignment dan aktiviti yang banyak menyebabkan saya masih belum mula mengulang kaji pelajaran. Saya berasa takut kerana ujian pertengahan saya semua tidak mendapat keputusan yang memuaskan. Masih teringat ketika tingkatan enam, aktiviti dan assignment pun tidak banyak, kami mempunyai banyak masa untuk membuat gulangkaji pelajaran dan ada lagi masa untuk  menonton drama yang beratus-ratus episode. Kehidupan di Universiti memang sangat berbeza.

Pada masa saya masuk ke ukm, saya beringat bahawa saya tidak akan mempunyai kawan dan akan hidap keseorangan sehingga habiskan pengajian saya di UKM. Akan tetapi, saya telah mengenali beberapa kawan yang memang menjaga saya dan membantu saya. Saya bersyukur terhadap setiap kawan yang baik terhadap saya kerana universiti memang susah untuk mencari kawan yang sanggup meluangkan masa dan tenaga untuk membantu kita. Saya merupakan seorang yang lebih tidak berinisiatif dalam aspek mencari kawan, jadi mereka yang berkenalan saya memang saya berasa gembira kerana mereka sanggup berkawan dengan saya.
Saya juga merupakan seorang yang bukan begitu pandai dalam aspek pembelajaran, tetapi terdapat kawan yang sanggup mengajar saya dengan penuh kasih sayang.

Masalah yang besar paling saya hadapi sekarang ialah masalah pembelajaran. Jadi, saya perlulah lebih berusaha supaya dapat mendapatkan keputusan yang memuaskan terutamanya Perakaunan yang saya tidak mempunyai basic. Harap tidak akan gagal.

Blog ini merupakan blog terakhir saya, jadi perlulah saya tulis dengan lebih banyak sebab saya rasa saya tidak akan menulis anymore? hahaha. Tanpa mengira saya sudah menulis sebanyak 14 blog dalam masa 14minggu di UKM bagi subjek Aplikasi Komputer yang telah mengajar saya banyak teknik dalam penggunaan World, Powerpoint, Excel, HTML, Access Dan sebagainya. Saya berasa sangat gembira dapat mengambil subjek ini kerana subjek ini merupakan subjek yang paling saya sukai berbanding dengan akaun, pengantar pengurusan dan sebagainya yang banyak memerlukan penghafalan.

Kesimpulannya, marilah kita semua berusaha menduduki Final kita dan the end la semester 1 tahun 1 di UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.

Sekian dari saya,


TAN KAH PEI
FEP, TAHUN 1
IJAZAH SARJANA MUDA KEUSAHAWANAN DAN INOVASI.

评论

此博客中的热门博文

Pemilihan atlet Sukem Kolej Keris Mas bagi acara Ping Pong

Fac Night

CITRA PENULISAN SKRIP