HARI SUKAN DI KOLEJ KERIS MAS

Hari Sukan Di Kolej Keris Mas

Pada 27/9/19 dan 28/9/19, kkm telah mengadakan hari sukan yang melibatkan pesertanya dari pelajar tahun 1. Saya telah  dimasukkan dalam rumah kuning yang logonya ialah Pikachu yang dilukis oleh sebahagian ahli rumah merah yang sangat pandai dalam melukis. Terdapat banyak pertandingan yang telah diadakan seperti badminton, bola baring, bola keranjang, bola tampar, futsal dan sebagainya. Saya pun  telah melibatkan diri dalam pertandingan badminton & bola keranjang. Mula-mulanya, saya tidak berasa ingin  memasuki pertandingan,  tetapi terdapat senior-senior  yang sangat ingin kita join. Jadi, saya pun berasa nak sumbang sikit kepada rumah kuning. Akan tetapi, saya telah pun kalah dalam kedua-dua pertandingan tersebut. Saya berasa sedih kerana tidak dapat menyumbang sebarang jasa kepada rumah kuning. Tetapi, saya juga berasa gembira kerana  saya dapat berkenal dengan kawan-kawan yang baharu. Saya juga sangat enjoyed dalam sukan tersebut walaupun sudah kalah. Inilah blog saya yang keempat, sekian terima kasih.


评论

此博客中的热门博文

Pemilihan atlet Sukem Kolej Keris Mas bagi acara Ping Pong

Fac Night

CITRA PENULISAN SKRIP