Sukem UKM Taekwondo Tahun 2019

Pada 30/11/19, sukem taekwondo telah diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (dectar). Saya telah menghadirkan diri sebagai seorang peserta dengan menyertai kategori sparring feather female. Pertandingan telah bermula pada pukul 9am. Akan tetapi saya telah menghadirkan diri pada pukul 8am. Saya telah pergi ke stadium selama dua minggu untuk berjoging untuk menguatkan stamina saya sebelum pertandingan. Masih ingat lagi pada hari sebelum pertandingan, saya tidak dapat tidur kerana terlalu gemertar.
Ketika hendak sampai giliran saya, saya telah pergi mamanaskan badan dahulu. Kemudian saya pun memakai mouthguard, shinguard dan sebagainya sebelum memulakan perlawanan. Coach saya telah menemani saya sepanjang pertandingan tersebut. Walaupun sudah kalah saya masih ingin berterimakasih kepadanya. Selepas kalah, saya pun balik ke kolej saya dengan kaki yang terseliuh. Badan pun sakit selamat tiga hari. Inilah pengorbanan yang diperlakukan bagi seseorang atlet taekwondo. 

评论

此博客中的热门博文

Pemilihan atlet Sukem Kolej Keris Mas bagi acara Ping Pong

Fac Night

CITRA PENULISAN SKRIP